3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik pada Tahun 2022 dan 2023

 

Penapis Air Tanpa Tangki

    Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, pengguna penapis air kini mencari sesuatu kelainan pada produk penapis air yang biasa mereka gunakan. Antara ciri-ciri yang menjadi kegembiraan buat pengguna penapis air ialah minimalis dan berteknologi tinggi. Tanpa kita sedari, semua persoalan dan tanda tanya kini sudah terjawab dengan terciptanya penapis air tanpa tangki. Ianya lebih ringan, mudah digunakan, minimalis dan sangat elegan (anggun)! Penulisan kali ini akan menyenaraikan 3 jenama pilihan pengguna penapis air tanpa tangki pada tahun 2022 dan 2023.

1. AQUA KENT JADE TANKLESS INSTANT WATER PURIFIER HOT COLD AMBIENT WATER

Aqua Kent Jade Tanklesss Water Purifier ini memiliki tiga warna yang cantik iaitu hitam, perak dan putih. Reka bentuk dan warnanya yang sangat menarik ini juga sangat sesuai untuk pengguna yang menginginkan konsep moden serta minimalis.
Didatangkan dengan 3 warna (perak, hitam dan putih)

Pandangan dari sudut hadapan


Air Panas & Sejuk Segera Tanpa Tangki Penapis air Aqua Kent Jade menyediakan penapisan air terus, air minuman tulen tanpa tangki air. Satu sentuhan untuk mendapatkan air panas, sejuk dan ambien serta-merta !




Ciri-ciri yang ada pada penapis air tanpa tangki Aqua Kent 
  1. Model: Aqua Kent Jade
  2. Berat: 12.50 kg
  3. Dimensi:18.00cm x 52.00cm x 44.00cm
  4. Sistem Tanpa Tangki yang direka khas dari Korea Selatan 
Pelbagai spesifikasi yang menepati kehendak pengguna


Memiliki Teknologi Penapisan Membran UF 3 peringkat advance di mana teknologi ini bertujuan untuk menghapuskan virus dan bakteria yang terdapat di dalam air


Keistimewaan : 
  • Reka bentuk padat: Sesuai untuk diletakkan di atas meja dan menepati keperluan untuk rumah, pejabat, kafe kecil, restoran, hotel, klinik dan banyak lagi.
  • Penjimatan elektrik: Bukan sahaja saiz penulen air tanpa tangki membantu menjimatkan bil elektrik anda (kerana ia tidak memerlukan proses pemanasan atau penyejukan air untuk mendapatkan air panas & sejuk), tetapi Aqua Kent Jade menggunakan penyejukan pemampat LG, yang membantu mesin menghasilkan bunyi yang rendah, prestasi tinggi dan sistem ketahanan yang bagus.
  • Perkhidmatan selepas jualan: Penghantaran dan pemasangan percuma, Waranti selama 2 tahun, perkhidmatan penukaran penapis percuma sebanyak 3 kali.
  • Papan Kawalan Pelbagai fungsi: Aqua Kent Jade menyediakan 6 butang pada papan kawalan untuk memudahkan pengguna. Ia mempunyai 
    • Butang panas, biasa dan sejuk untuk pengguna memilih air minuman pilihan mereka.
    • Menyediakan butang keselamatan kunci kanak-kanak dan lampu tetapan kunci kanak-kanak untuk mengelakkan kanak-kanak dari tercedera kena air panas.
    • Menyediakan butang pensterilan untuk memastikan air yang dihasilkan sentiasa sihat dan bersih daripada bakteria dan virus.
    • Butang nyahcas; untuk mengeluarkan air minuman pilihan.
Harga: RM3,200.00


2. TANKLESS LG PURICARE™ WATER PURIFIER

Tankless LG PuriCare ini didatangkan dengan warna putih dan perak (silver) yg menawan. Reka bentuknya yang bersaiz kecil sangat sesuai untuk mereka yang memiliki ruang dapur kecil.

Memiliki dua pilihan warna (Perak dan putih)

Ciri-ciri yang ada pada penapis air tanpa tangki LG PuriCare :
  1. Warna: Putih dan Perak
  2. Jenis: Sesuai untuk diletakkan atas meja
  3. Dimensi (MM): 170 (w) x 520 (d) x 399 (h)
  4. Jenis air: Sejuk + Panas + Ambien

Kaedah penulenan: Sistem Penapisan 3 peringkat


Kaedah penulenan: Sistem Penapisan 3 peringkat

Keistimewaan :
  • Padat & Bergaya: Produk bersaiz kecil dan langsing 17cm, sesuai diletakkan di atas meja dan dilengkapi dengan pili yang boleh berputar 180˚ untuk pemasangan fleksibel
  • Paparan Sentuhan Ergonomik: Panel kawalan yang mesra pengguna. Dilengkapi dengan 6 butang seperti air sejuk & ambien, kawalan air panas, kawalan kelantangan, amaran penukaran penapis, pensterilan UV dan butang hidup/henti.
  • Fungsi yang baik: Berupaya membekalkan suhu yang diingini dengan satu sentuhan sahaja. Disertai dengan kunci keselamatan kanak-kanak yang menjadi satu keperluan masa kini bagi mengelakkan penyaluran air panas secara tidak sengaja terutama kepada kanak-kanak.
  • Mudah: Memiliki butang Kawalan Kelantangan yang berfungsi untuk mendapatkan isipadu air pilihan pengguna seperti 120ml untuk secawan teh, 50ml untuk susu bayi dan sebagainya.
  • Inovatif: Dilengkapi dengan aplikasi , LG ThinQ, yang disambungkan dalam mod diagnosis bagi memantau penulenan air. Aplikasi tersebut juga menyimpan serta menunjukkan sejarah pembersihan dalaman dan status penapis produk.
  • Perkhidmatan selepas jualan: Pemasangan produk percuma, penukaran penapis & perkhidmatan penyelenggaraan (setiap 3 bulan)
Harga: RM5000.00


3. SK MAGIC JIKSOO HYPER (WPU-A700D)

SK Magic JIKSOO HYPER ialah penulen air tanpa tangki yang boleh mengendalikan suhu panas, sejuk dan persekitaran (JIKSOO dalam bahasa Korea). Ia didatangkan dalam warna ros emas dan warna perak.
Reka bentuk yang sesuai untuk diletakkan di atas meja


Ciri-ciri: 
  • Model : JIKSOO HYPER (WPU-A700D)
  • Berat : 12.3 KG
  • Sistem Penapisan :
    • Penapisan 1: Sediment
    • Penapisan 2: Carbon Block
    • Penapisan 3: NanoTech PAC
    • Dimensi (mm) : 170(W) x 490(D) x 390(H)

Boleh laras dengan ketinggian bekas



Peningkatan kebersihan dengan keluli tahan karat laluan air untuk memastikan air bersih di setiap titisan



Keistimewaan:
  • Sistem Pemanasan 3 peringkat : Pilihan air panas yang mudah, Air Bayi (45°C / 50°C / 55°C). Suhu juga dioptimumkan untuk membancuh susu formula bayi. Suhu untuk air teh juga (70°C), sesuai untuk penyerapan teh maksimum.
  • Kawalan Kelantangan : Kelantangan yang diingini dengan sentuhan hujung jari
  • Butang mesra kanak-kanak : Terletak di paras mata kanak-kanak untuk akses yang selamat & mudah.(Mengeluarkan air Sejuk & Ambien sahaja untuk memastikan keselamatan)

Harga : RM 4,600.00


Oleh itu, kami mencadangkan anda memilih penapis air ...
Penapis Air Segera Tanpa Tangki Aqua Kent Jade Air Ambien Sejuk Panas, ini kerana ianya:
  1. Diperakui oleh WQA, NSF, CE, ROHS Compliant, TUV SUD America Inc.
  2. Kaedah penulenan & sistem penapisan berkualiti tinggi.
  3. Harga yang menjimatkan iaitu RM3200.00.
  4. Padat, minimalis dan bergaya.
  5. Tiada komitmen masa hadapan (cth. membayar setiap bulan/sewa)
Pemasangan dan servis dijalankan oleh profesional, terjamin dan memiliki perkhidmatan penukaran penapis. __
Mengenai Aqua Kent Malaysia
Aqua Kent RO Malaysia adalah salah satu penapis dan penulen air yang terkemuka dan boleh dipercayai di Malaysia. Dipercayai oleh pelanggan Malaysia, kami menggunakan sistem penulenan revolusioner yang dikenali sebagai Teknologi Mineral RO™ KENT untuk menghasilkan air tulen. Kami berdedikasi untuk menyediakan pengalaman pelanggan terbaik dengan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik, bersama-sama dengan produk berkualiti tinggi daripada penapis luar, penulen air, dispenser air, penulen udara dan penulen sayur-sayuran dan buah-buahan. Kami percaya semua orang perlu mendapatkan air bersih. Dengan Aqua Kent RO, ini adalah cara yang lebih sihat untuk minum air bersih tanpa sebarang kompromi.
Untuk maklumat lanjut layari kami di:
  • laman web: www.aquakentro.com.my
  • Instagram: https://www.instagram.com/aquakentwaterfilter
  • Facebook: https://www.facebook.com/AquaKentROMalaysia
  • LinkedIn : https://www.linkedin.com/company/aqua-kent-ro-malaysia
Disediakan oleh : Atiqah















Comments

Popular posts from this blog

10 Penapis Air Popular Di Malaysia

Penapis Air Jenama Aqua Kent Sentiasa Menjadi Pilihan Saya dan Keluarga