3 Penapis Air Luar Yang Termurah Dan Terbaik Di Malaysia




Bersihkah Air di Rumah Kita?

Air merupakan keperluan utama bagi setiap rumah. Setiap hari air digunakan dengan kuantiti yang banyak bagi memenuhi keperluan seharian seperti memasak, mandi, membasuh pakaian dan lain-lain lagi. Tapi sedarkah kita dari mana sumber air yang masuk ke rumah kita ? Penapis air di dalam rumah sahaja tidak mencukupi kerana ia hanya menapis air yang diminum dan memasak, bagaimana pula air yang diperlukan untuk mandi, berkumur dan membasuh pakaian ? Kadangkala, rumah lama yang ditinggal lama tanpa penghuni mempunyai masalah air berkarat. Air karat yang boleh memudaratkan kesihatan seisi rumah.



Contoh masalah air berkarat yang berlaku di rumah 

 

Jenis Alat Penapis Air di Rumah

Penapis air dan pelembut air merupakan sistem rawatan air yang terdapat di sesetengah rumah. Sistem rawatan air terbahagi kepada dua kategori asas iaitu punca air diguna dan punca air masuk. Kategori punca air masuk sangat penting kerana ia akan merawat semua air yang disalur masuk ke rumah. Kategori punca air diguna pula berperanan untuk merawat sebahagian air yang digunakan untuk minuman dan masakan. Contoh sistem rawatan air ( kategori punca air diguna ) ialah penapis air penyulingan, osmosis berbalik dan karbon teraktif.

Penggunaan Alat Penapis Air di Rumah Sentiasa Menjadi Piliihan

Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang menggunakan alat penapis air bagi tujuan menyingkirkan rasa payau dan menyahkan warna/bendasing yang terdapat dalam bekalan air awam. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penggunaan alat penapis air di rumah sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia kerana ia dapat meningkatkan kualiti air yang disalurkan ke rumah. Majoriti pengguna menggunakan alat penapis air bertujuan untuk menyingkirkan rasa payau pada air dan juga untuk menyahkan warna atau bendasing yang ada di dalam bekalan air awam. Kesimpulannya penggunaan alat penapis air di rumah adalah untuk manfaat kesihatan dan meningkatkan kualiti air tersebut [1].

Kegunaan Penapis Air Luar Rumah


 

 

 

 

3 Jenama Penapis Air yang Menjadi Pilihan Ramai

Tiga jenama penapis air yang dikenali ramai (Aqua Kent, Coway dan Cuckoo)

 

Terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan produk penapis air yang hebat, antara 3 jenama yang dikenali ramai ialah Aqua Kent, Cuckoo dan Coway. Ketiga-tiga jenama terkemuka ini menjadi pilihan pengguna kerana memiliki pensijilan kualiti tinggi daripada makmal-makmal terbaik di dunia seperti:

 

Pengiktirafan dari makmal terbaik dunia

 

 

Selain dari mendapat pengiktirafan dari makmal terbaik dunia, penapis-penapis air ini juga memiliki banyak kelebihan lain, seperti yang dinyatakan dalam jadual tersebut:

Spesifikasi dan kelebihan setiap jenama penapis air (Aqua Kent, Coway dan Cuckoo)

CARA PENAPIS AIR BERFUNGSI

Setiap produk penapis air menawarkan teknologi yang hebat setanding dengan kualiti air yang dihasilkan. Rajah dibawah menunjukkan bagaimana penapis air Aqua Kent, Coway dan Cuckoo berfungsi dalam menghasilkan air bersih.


Cara penapis air (Aqua Kent, Coway dan Cuckoo) berfungsi dalam menghasilkan air yang bersih

Penapis air berjenama Aqua Kent, Coway dan Cuckoo ini menawarkan beberapa servis menarik selepas jualan. Perkhidmatan selepas jualan ini juga menjadi sebab kenapa mereka tersenarai antara 3 jenama popular di Malaysia. Jom kita lihat tawaran hebat yang disediakan oleh jenama penapis air ini !



Perkhidmatan selepas jualan


Harga Yang Ditawarkan

Setelah mengenali setiap produk penapis air dari jenama yang berbeza ini, kita beralih pula kepada aspek yang sentiasa menjadi perhatian ramai iaitu harga yang ditawarkan.


Perbandingan harga penapis air (Aqua Kent, Coway dan Cuckoo)

Coway Bamboo POE-15A

Produk penapis air luar berjenama Coway ( https://www.coway.com.my/products/outdoor/bamboo ) sentiasa menjadi pilihan walaupun harga yang ditawarkan sedikit mahal berbanding jenama lain. Namun, pengguna tetap memilih penapis air yang berharga RM 3110 ini kerana kualiti nya yang baik dan tidak diragui serta memberi kepuasan pada pengguna. Pihak Coway juga memberikan kelonggaran kepada pengguna untuk membuat bayaran bulanan bernilai RM 118 bagi memudahkan mereka memiliki dan membuat pilihan dengan pantas.

Cuckoo Prime X3

Selain itu, produk penapis air luar berjenama Cuckoo (https://www.officialcuckoo.com.my/product/prime-x3/) pula menawarkan harga yang berpatutan berbanding jenama Coway iaitu RM 2400. Harga bulanan yang ditawarkan kepada pengguna pula adalah sebanyak RM 85. Ramai juga pengguna berpuas hati dengan produk ini kerana ia mempunyai reka bentuk kompak berprestasi tinggi dan sesuai untuk seisi keluarga.

Penapis Air Luaran Keluli Tahan Karat Penuh Aqua Kent

Aqua Kent juga antara jenama yang menjadi pilihan pengguna di Malaysia, sejak penapis air berjenama Aqua Kent ini dikeluarkan, ramai yang mencuba jenama ini disebabkan harganya yang lebih mampu milik berbanding yang lain. Selain itu, dengan harga yang mampu milik ini, Aqua Kent juga menawarkan sistem pembersihan canggih pada harga yang rendah iaitu RM 950.00 (harga sebenar RM 1550.00) https://aquakentro.com.my/Outdoor-Water-Filter. Seperti yang dikongsikan dalam blog ini (https://kclau.com/blogging/water-filters/),Aqua Kent terbukti menyediakan produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.


Mengenai Aqua Kent Malaysia

Aqua Kent RO Malaysia adalah salah satu penapis dan penulen air yang terkemuka dan boleh dipercayai di Malaysia. Dipercayai oleh pelanggan Malaysia, kami menggunakan sistem penulenan revolusioner yang dikenali sebagai Teknologi Mineral RO™ KENT untuk menghasilkan air tulen.

Kami berdedikasi untuk menyediakan pengalaman pelanggan terbaik dengan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik, bersama-sama dengan produk berkualiti tinggi daripada penapis luar, penulen air, dispenser air, penulen udara dan penulen sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kami percaya semua orang perlu mendapatkan air bersih. Dengan Aqua Kent RO, ini adalah cara yang lebih sihat untuk minum air bersih tanpa sebarang kompromi.



Untuk maklumat lanjut layari kami di:

  1. laman web: www.aquakentro.com.my

  2. Instagram: https://www.instagram.com/aquakentwaterfilter/

  3. Facebook: https://www.facebook.com/AquaKentROMalaysia/

  4. LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/aquakentromalaysia/


Rujukan:


[1] Loh KH, Yaacob H, Adnan N, Omar S, Jamaludin M. A Study of The Effect of Home Water Filtration Systems On Fluoride Content of Drinking Water in Johor. Oral Health Division Johor 2010 Unpublished


Comments

Popular posts from this blog

10 Penapis Air Popular Di Malaysia

3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik pada Tahun 2022 dan 2023

Penapis Air Jenama Aqua Kent Sentiasa Menjadi Pilihan Saya dan Keluarga