7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Penapis Air Tanpa Tangki

 



Air merupakan elemen yang penting untuk manusia. Pengambilan air yang mencukupi akan memastikan tubuh manusia sentiasa terhidrat dan mampu mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal. Setiap organ pada badan manusia seperti mulut, mata dan hidung sangat memerlukan air yang mencukupi supaya sel-sel pada organ tersebut dapat berfungsi dengan baik. Anda boleh klik pautan video ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengambilan air yang optimum untuk badan manusia.



Klik pautan video di sini .

Antara usaha yang kita boleh lakukan ialah menggunakan penapis air di rumah, Artikel ini (klik di sini) menerangkan kepentingan penapis air di rumah. Kandungan air paip yang tidak dirawat dengan baik sebelum minum akan memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia, Disebabkan inilah, ramai yang membuat pilihan bijak dengan memasang penapis air di rumah. Jika anda keliru untuk membuat pilihan penapis air yang terbaik, disini kami senaraikan 7 perkara penting sebelum memilih penapis air yang mahu diletakkan di rumah.

1. Harga

Pengguna yang bijak sentiasa memastikan barang yang dipilih berkualiti tinggi setanding harga yang dibayar. Di Malaysia, pengguna penapis air memiliki banyak pilihan jenama yang mungkin membuatkan anda keliru untuk memilih yang terbaik. Selain itu, harga sewa juga kebiasaannya lebih tinggi daripada harga bayar secara tunai (outright cash). Disini saya kongsikan antara produk penapis air yang menepati kehendak pengguna Malaysia iaitu Hot and cold water dispenser. Penapis air ini memiliki kapasiti air yang besar dan berteknologi tinggi.

2. Pertimbangan Ruang & Saiz

Kebiasaannya penapis air diletakkan di ruang dapur rumah. Jadi sangat penting untuk anda memilih penapis air yang menepati saiz rumah supaya kawasan dapur sentiasa kelihatan kemas dan cantik. Selain itu, jika anda memiliki ahli keluarga yang ramai, penapis air yang berkapasiti besar seharusnya menjadi pilihan yang lebih utama.

3. Penjimatan Elektrik

Pemampat dan kadar elektrik yang digunakan sangat berkait rapat dengan saiz tangki penapis air. Kadar elektrik yang digunakan pula akan memberi kesan pada bil elektrik di rumah anda. Ini merupakan fenomena biasa untuk penapis air biasa yang menggunakan tangki. Selain itu, penggunaan air panas juga menggunakan kuasa elektrik yang lebih tinggi berbanding penggunaan air sejuk. Hal ini disebabkan oleh air tersebut perlu dipanaskan setiap masa. Namun, anda boleh membuat pilihan yang lebih bijak kerana di zaman sekarang wujudnya penapis air tanpa tangki dan ia akan membantu anda untuk menjimatkan lebih banyak bil elektrik di rumah anda.

4. Mendapat Pengiktirafan

Penapis air yang mendapat pengiktirafan daripada badan professional akan menambah keyakinan pengguna bahawa ianya dapat menjamin keselamatan dan memiliki kualiti air yang baik. Oleh itu, pastikan penapis air anda memperoleh pengiktirafan daripada badan professional seperti NSF, WQA dan ROHS.

Badan Professional 


5. Kira Kos Tersembunyi (Hidden Cost)

  • Yuran pendaftaran
  • Deposit
  • Bayaran pemasangan penapis air

Tiga perkara di atas merupakan kos tersembunyi yang perlu anda ambil tahu. Langkah berjaga-jaga ini boleh mengelakkan anda daripada perlu membayar sebarang caj tambahan yang mahal tanpa pengetahuan. Oleh itu, pastikan anda mengetahui kos-kos di atas sebelum membuat bayaran terakhir.


6. Butang Keselamatan

'Safety Child Lock' merupakan ciri-ciri penting yang perlu diperhatikan. Kebiasaannya, penapis air tanpa tangki mempunyai jenis air sejuk dan air panas. Air panas merbahaya kepada anak kecil kerana boleh menyebabkan kecederaan dan melecur jika terkena pada kulit. Namun, jika ada butang keselamatan, ia mampu mengurangkan risiko kemalangan pada kanak-kanak. Oleh itu, pastikan penapis air pilihan anda memiliki ciri-ciri penting ini !


Simbol butang keselamatan pada penapis air

Air panas boleh menyebabkan kulit anak anda melecur 



7.Kontrak Jualan

Perkara terakhir yang anda perlu ambil tahu ialah tentang kontrak jualan. Sama ada anda membeli penapis air secara bayaran tunai atau secara bayaran bulanan, kedua-duanya penting untuk memerhatikan kontrak jualan dengan lebih teliti. Cuba memahami apa yang ada dalam kandungan kontrak jualan tersebut. Sebagai kesimpulan untuk artikel ini, untuk menjadi pengguna yang bijak, anda perlulah membuat penelitian dalam segenap bahagian sebelum membuat pembelian penapis air. Lakukanlah perbandingan terlebih dahulu sehingga anda benar-benar yakin dengan pelaburan yang akan dilakukan.


Comments

Popular posts from this blog

10 Penapis Air Popular Di Malaysia

3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik pada Tahun 2022 dan 2023

Penapis Air Jenama Aqua Kent Sentiasa Menjadi Pilihan Saya dan Keluarga